Lampiran


8P tip Kebahagiaan Rumahtangga

1. Puji iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. Peluk yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. Penghargaan di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. Perhatian yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. Persefahaman kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. Pergaulan iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. Percutian di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
8. Permohonan iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.


Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. “Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga,” katanya.

5 Tip Keharmonian Rumahtangga Selepas Bergelar Ibubapa


Kebanyakan pasangan berkahwin seolah – olah hilang fokus pada hubungan mereka apabila umur mereka semangkin meningkat. Tambahan lagi, jika mereka mempunyai anak dan berbagai beban kehidupan yang lain.

Akhirnya, hubungan perkahwinan hanya pada nama sahaja tanpa ada sinar kebahagiaan. Untuk peroleh kebahagiaan dalam perkahwinan, anda perlu sentiasa kekalkan suasana segar dalam hubungan perkahwinan anda.


Berikut ada lima tip yang boleh anda amalkan bagi mengekalkan kebahagiaan rumahtangga:


1) Apabila anda peroleh anak, anda jangan anggap anak itu sebaga beban tetapi anggap dia sebagai ahli baru. Jangan berhenti menganggap pasangan anda sebagai pasangan walaupun anda sudah mempunyai anak. Masukkan anak dalam dunia romantik anda berdua.

2) Anda perlu faham bahawa anda akan mempunyai beberapa tugas iaitu sebagai anak pada ibu bapa, anak menantu, suami dan ayah. Jalani tugas anda dengan tenang dan jangan tertekan dengan setiap tugasan. Apabila anda tenang, bersyukur dan ikhlas, anda akan rasa bahagia.

3) Agihkan tanggungjawab rumah tangga dengan pasangan anda. Selalu bekerjasama dengan pasangan anda supaya anda berdua sentiasa bahagia dan tidak bergaduh.

4) Jangan berhenti melakukan perkara yang anda minat hanya kerana anda sudah berkahwin. Selain itu jangan berhenti bermain cinta dengan pasangan anda walaupun anda sudah ada anak yang ramai. Perkahwinan akan jadi medium paling menggembirakan anda jika anda sentiasa tenang dan memberi bahagia pada ahli keluarga anda.

5) Sentiasa adakan masa untuk keluarga supaya semua ahli keluarga rapat antara satu sama lain dan seterusnya kenal antara satu sama lain. Apabila anda kenal, anda sekeluarga akan lebih bahagia.










No comments: