ARKIB : 17/11/2009
Perkahwinan campur cetus konflik di AS
|
RAKYAT Amerika Syarikat
mengakui kehebatan Barack Obama, anak hasil perkahwinan campur yang
mencatat sejarah sebagai Presiden pertama berketurunan Afrika Amerika.
|
KARISMA Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama begitu menyerlah. Kehebatan pemain golf terbaik dunia, Tiger Woods pula tidak boleh disangkal. Seorang lagi, Derek Jeter merupakan kapten pasukan besbol New York Yankees yang cukup digeruni lawan.
Selain berjaya menempa nama dalam arena masing-masing, Obama, Woods dan Jeter sebenarnya berkongsi satu realiti yang sama - mereka adalah hasil perkahwinan campur.
Perkahwinan campur yang juga satu bentuk eksogami (penyatuan dua bangsa berlainan) boleh dilihat dalam satu perspektif yang lebih luas iaitu percampuran bangsa.