Perkahwinan Campur Cetus Konflik di AS

ARKIB : 17/11/2009

Perkahwinan campur cetus konflik di AS

             
RAKYAT Amerika Syarikat mengakui kehebatan Barack Obama, anak hasil perkahwinan campur yang mencatat sejarah sebagai Presiden pertama berketurunan Afrika Amerika.


KARISMA Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama begitu menyerlah. Kehebatan pemain golf terbaik dunia, Tiger Woods pula tidak boleh disangkal. Seorang lagi, Derek Jeter merupakan kapten pasukan besbol New York Yankees yang cukup digeruni lawan.

Selain berjaya menempa nama dalam arena masing-masing, Obama, Woods dan Jeter sebenarnya berkongsi satu realiti yang sama - mereka adalah hasil perkahwinan campur.

Perkahwinan campur yang juga satu bentuk eksogami (penyatuan dua bangsa berlainan) boleh dilihat dalam satu perspektif yang lebih luas iaitu percampuran bangsa.

Beza Keturunan Halang Cinta

Beza keturunan halang cinta
Bersama Kak Ani
bminggu@bharian.com.my
17/10/2010

Pasangan kekasih terpaksa pendam impian hidup bersama

BERKASIH tetapi tidak direstui keluarga kerana berbeza keturunan. Ini bukan cerita zaman Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang berjaya menggamit simpati penonton menerusi filemnya Antara Dua Darjat yang masih diulang tayang stesen televisyen.

Sebaliknya isu yang hendak dibawa dalam Kongsi Rasa kali ini ialah kisah benar yang dialami Insan Dilema (ID), Kuala Lumpur. Dalam e-melnya, ID berusia 23 tahun mengakui sudah bekerja dan mengenali kekasih berumur 28 tahun, hampir dua tahun lalu.