Saya pernah terfikir iaitu kaum Muslimin yang soleh ketika matinya akan disambut oleh bidadari di alam Mahsyar. Kalau kaum Muslimat, siapa yang menyambutnya?
Fatimah,
Jawapan: Bidadari yang saudari maksudkan itu di dalam bahasa
al-Quran disebut al-Hurul Ain, al-Hurul jamak daripada perkataan Haura’
ertinya perempuan yang putih, manakala al-Ain asalnya Uyun, jamak
daripada Aina ertinya perempuan yang jeli matanya. Maka, al-Hurul ‘Ain
atau bidadari itu adalah perempuan yang putih bersih warna kulitnya lagi
indah dan jeli keadaan dua matanya.
Bidadari itu bukanlah daripada kalangan perempuan dunia dan bukanlah
anak Adam atau manusia. Jika kita melihat sebahagian hadis ada
menyatakan paling kurang daripada isteri seorang dalam syurga adalah dua
orang perempuan anak Adam, dan tujuh orang bidadari. Kalau manusia
daripada tanah, bahan yang menciptakan bidadari adalah daripada mutiara
sebagai mana sesetengah hadis.
Bidadari itu tempatnya di syurga dan bukan di padang Mahsyar seperti
firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 4 bermaksud: “Orang yang
bertakwa itu berada pada tempat yang sejahtera. Di dalam taman syurga
dan segala mata air. Mereka berpakaian sutera halus dan sutera tebal,
yang mana mereka duduk berhadapan. Seperti demikianlah Kami sandingkan
mereka itu dengan bidadari.”
Kembali kepada pertanyaan saudari, kalau bidadari itu bahagian orang
lelaki dari Muslimin, maka bagaimana pula dengan kalangan perempuan?
Subhanallah.
Wanita di dunia ini jika meninggal dunia akan
dipertemukan Allah SWT dengan suami mereka, dan jika ia masih gadis akan
dipersandingkan dengan lelaki ahli syurga dengan segala kepuasan dan
keredaan hati, tanpa sesuatu kekurangan dan kekecewaan dan mereka akan
mendapat sesuatu nikmat yang belum pernah dilihat oleh mata, belum
pernah didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas di dalam hati.
Satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah ra
berkata, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Allah SWT berfirman:
“Aku sudah menyediakan buat hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar
oleh telinga serta belum pernah terlintas oleh hati seseorang.
Cubalah kamu membaca: Fala ta’lamu nafsum maa ukhfiya lahum min
qurrati a’yun (Surah Sajdah ayat 17 yang bermaksud: “Maka tidak ada satu
jiwa pun yang mengetahui kesedapan mata yang disembunyikan buat
mereka).
Janganlah pula kalangan perempuan rasa iri hati disebabkan lelaki di
syurga nanti disediakan bidadari kerana kaum wanita ahli syurga juga
akan mendapat bahagian mereka disebabkan amal soleh yang mereka lakukan di dunia dulu.
Begitu juga janganlah ada wanita berasa iri hati disebabkan Allah SWT
mengizinkan lelaki berpoligami tidak bagi wanita. Allah SWT berfirman
dalam surah an-Nisa ayat 32 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu iri hati
terhadap apa yang telah dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih
banyak daripada sebahagian yang lain. Bagi lelaki ada bahagian daripada
apa yang telah diusahakan dan bagi wanita pun ada bahagian dari apa yang
mereka sudah usahakan.” Wallahualam.
1 comment:
Casino Finder - Mapyro
Looking for Casino Finder 시흥 출장샵 (booked 2021)? ➤ Find your Casino Finder 청주 출장안마 Casino close to your 충청남도 출장샵 needs 경산 출장마사지 today. ☝️ 인천광역 출장샵 Check Reviews, Photos & Rates!
Post a Comment